Attention : If you want to see this web with better preview please use firefox, if you dont have please click at bottom

Konversi Waktu Sholat




Cara Pengkonversian Waktu Sholat yang sesuai di daerah anda:

  1. Klik tombol clear
  2. Isi data latitude, longitude, dan altitude Kota/tempat anda berada
    contoh: untuk jakarta : latitude: -6.2 longitude:107 altitude: 0
  3. Klik tombol Enter
  4. Untuk informasi data latitude, longitude, dan altitude Kota/tempat anda berada, klik di: http://www.calle.com/world/ID

Para ulama menetapkan setiap umat Islam mesti mematuhi 5 perkara asas dalam Islam yang dikenali sebagai Rukun Islam yang terdiri daripada lima perkara:-

bahasa Arab: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم بني الإسلام على خمس شهادة أن لا إله إلا الله وأن محمدا رسول الله وإقام الصلاة وإيتاء الزكاة والحج وصوم رمضان'
  1. Mengucap dua kalimah syahadah dan menerima bahwa Tuhan (Bahasa Arab: Allah) itu tunggal dan nabi Muhammad s.a.w itu rasulNya.
  2. Menunaikan sholat lima waktu sehari semalam
  3. Berpuasa pada bulan Ramadan.
  4. Membayar zakat - yaitu biasanya 2.5% jumlah simpanan untuk seorang kaya bekerja dalam perdagangan atau industri, dan 10% atau 20% hasilan tahunan untuk para petani. Wang atau hasilan ini dibahagikan di kalangan fakir miskin.
  5. Mengerjakan Haji bagi mereka yang mampu.

Wednesday, October 10, 2007

Ibadah Sholat

Sholat merujuk kepada sembahyang dalam agama Islam. Sholat terbahagi kepada sholat fardu dan sholat sunah. Sholat fardu diwajibkan ke atas orang Islam sebanyak 5 kali sehari pada waktu-waktu tertentu. Sholat fardu merupakan salah satu dari Rukun Islam.

Sholat fardhu yang wajib didirikan ialah sholat lima waktu sehari semalam, yaitu subuh, zohor, asar, maghrib dan isyak.

Sekiranya seseorang tertinggal sholat fardu, wajib baginya untuk mengulangkannya dengan niat qada.

Bagi mereka yang musafir, mereka diharuskan bagi sholat dengan menqasar dan menjamakkannya.

Waktu-waktu sholat

Sholat Zohor Waktunya dimulai sejak matahari tergelincir ke barat dan berakhir di saat bayangan sesuatu benda itu sama betul panjangnya dengan benda itu. Manusia pertama yang mengerjakan sholat Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s. yaitu tatkala Allah SWT telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s.. Seruan itu datang pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim sebanyak empat rakaat.

  • Rakaat pertama: Tanda bersyukur bagi penebusan.
  • Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.
  • Rakaat ketiga: Tanda bersyukur dan memohon akan keredhaan Allah SWT.
  • Rakaat keempat: Tanda bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.


Sholat Asar Waktunya dimulai setelah waktu Zohor habis, yaitu ketika bayangan sesuatu benda sama panjang dengan bendanya dan berakhir setelah terbenamnya matahari. Manusia pertama yang mengerjakan sholat Asar ialah Nabi Yunus a.s. tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari perut ikan Nun. Ikan Nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai, sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah SWT daripada 4 kegelapan yaitu:

  • Rakaat pertama: Kelam dengan kesalahan.
  • Rakaat kedua: Kelam dengan air laut.
  • Rakaat ketiga: Kelam dengan malam.
  • Rakaat keempat: Kelam dengan perut ikan Nun.


Sholat Maghrib Waktunya dimulai setelah terbenamnya matahari dan berakhir apabila mega merah telah hilang. Manusia pertama yang mengerjakan sholat Maghrib ialah Nabi Isa a.s. yaitu ketika baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukur Nabi Isa, lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut yaitu:

  • Rakaat pertama: Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.
  • Rakaat kedua: Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
  • Rakaat ketiga: Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu yaitu Allah SWT semata-mata, tiada dua atau tiganya.


Sholat Isyak Waktunya dimulai setelah hilangnya mega merah sampai terbitnya fajar shadiq. Manusia pertama yang mengerjakan sholat Isyak ialah Nabi Musa a.s.. Pada ketika itu, Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah SWT menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.

  • Rakaat pertama: Tanda dukacita terhadap isterinya.
  • Rakaat kedua: Tanda dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
  • Rakaat ketiga: Tanda dukacita terhadap Firaun.
  • Rakaat keempat: Tanda dukacita terhadap anak Firaun


Sholat Subuh Waktunya dimulai setelah terbit fajar shadiq sampai terbitnya matahari. Manusia pertama yang mengerjakan sholat subuh ialah Nabi Adam a.s. yaitu ketika baginda keluar dari syurga lalu diturunkan ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar subuh telah keluar, Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.

  • Rakaat pertama: Tanda bersyukur kerana baginda terlepas dari kegelapan malam.
  • Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana siang telah menjelma.

Syarat wajib sholat:

  1. Islam
  2. Baligh
  3. Berakal
  4. Suci daripada haid dan nifas bagi perempuan

Syarat sah sholat:

  1. Suci badan dari dua hadas besar dan kecil.
  2. Suci dari najis sama ada di badannya, di tempat sholatnya, dan di pakaiannya.
  3. Menutup aurat.
  4. Menghadap qiblat (kecuali yang uzur dan tidak terdaya)
  5. Yakin masuk waktu sholat.

(nota: sekiranya sesudah tamat sholat, lalu disedari perkara yang tersebut di atas terjadi - misalnya didapati ada najis di sejadah - maka perlulah diulangi sholat itu kerana ianya tidak menepati syarat sah sholat)

Perkara-perkara yang membatalkan sholat:

  1. Keluar/kedatangan hadas.
  2. Berkata-kata dengan sengaja walau sedikit, atau ketawa.
  3. Makan/minum walau sedikit.
  4. Melakukan gerakan di luar gerakan sholat tiga kali berturut-turut(mutawaliyat).
  5. Berniat keluar dari sholat (mufaraqah).
  6. Terkena najis yang tidak dimaafkan.
  7. Beralih arah dari kiblat dengan sengaja.
  8. Terbuka aurat dengan sengaja, atau tidak sengaja tetapi tidak segera ditutup.
  9. Berubah niat dari satu sholat ke sholat yang lain.
  10. Meninggalkan rukun sholat.

Rukun Sholat

Rukun sholat ada 13:

  1. Niat.
  2. Takbiratul Ihram (Allahu Akhbar yang pertama).
  3. Berdiri bagi yang mampu.
  4. Membaca surah Al-fatihah.
  5. Rukuk dengan tama'ninah (tama'ninah: tenang dan tertib, tidak terburu-buru).
  6. Iktidal dengan tama'ninah.
  7. Sujud dua kali, dengan tama'ninah.
  8. Duduk di antara dua sujud, dengan tama'ninah.
  9. Tasyahhud Akhir dengan membaca bacaan Tasyahhud.
  10. Duduk dalam Tasyahhud akhir.
  11. Selawat kepada Nabi Muhammad s.a.w. dalam Tasyahhud Akhir.
  12. Membaca salam.
  13. Tertib.

Pada mazhab Maliki dan Hanafi, baca fatihah rukun bagi sholat perseorangan sahaja. (Tidak rukun bila sholat jemaah, bila imam baca makmum dengar sahaja berdasarkan al-quran:-dan hendaklah kamu diam bila quran dibacakan.).

Perkara-perkara sunah semasa sholat

  1. Sunah Hai'ah
  2. Sunah Ab'adh

Perkara-perkara makruh semasa sholat

  • Berpaling ke kiri atau ke kanan (kecuali ketika Salam).
  • Memandang ke atas (mendongak).
  • Berdiri menggunakan sebelah kaki sahaja.
  • Berludah ke hadapan atau ke belah kanan.
  • Berlebih-lebihan membongkok dan menundukkan kepala ketika rukuk.
  • Bercekak pinggang.
  • Menyinsingkan kain atau baju.
  • Bersembahyang ketika hadir makanan (makanan dihidangkan).
  • Bersembahyang ketika berasa hendak qadha' hajat (membuang air).

No comments: