Attention : If you want to see this web with better preview please use firefox, if you dont have please click at bottom

Konversi Waktu Sholat




Cara Pengkonversian Waktu Sholat yang sesuai di daerah anda:

  1. Klik tombol clear
  2. Isi data latitude, longitude, dan altitude Kota/tempat anda berada
    contoh: untuk jakarta : latitude: -6.2 longitude:107 altitude: 0
  3. Klik tombol Enter
  4. Untuk informasi data latitude, longitude, dan altitude Kota/tempat anda berada, klik di: http://www.calle.com/world/ID

Para ulama menetapkan setiap umat Islam mesti mematuhi 5 perkara asas dalam Islam yang dikenali sebagai Rukun Islam yang terdiri daripada lima perkara:-

bahasa Arab: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم بني الإسلام على خمس شهادة أن لا إله إلا الله وأن محمدا رسول الله وإقام الصلاة وإيتاء الزكاة والحج وصوم رمضان'
  1. Mengucap dua kalimah syahadah dan menerima bahwa Tuhan (Bahasa Arab: Allah) itu tunggal dan nabi Muhammad s.a.w itu rasulNya.
  2. Menunaikan sholat lima waktu sehari semalam
  3. Berpuasa pada bulan Ramadan.
  4. Membayar zakat - yaitu biasanya 2.5% jumlah simpanan untuk seorang kaya bekerja dalam perdagangan atau industri, dan 10% atau 20% hasilan tahunan untuk para petani. Wang atau hasilan ini dibahagikan di kalangan fakir miskin.
  5. Mengerjakan Haji bagi mereka yang mampu.

Wednesday, October 10, 2007

Ibadah Zakat

Zakat (زكاة) (dari kata tazakka - mensucikan) (bahasa Inggeris: almsgiving atau tithing) ialah derma yang wajib diberikan orang Islam yang mampu kepada 8 golongan (asnaf) yang berhak menerimanya. Ia merupakan rukun ketiga dari Rukun Islam.

Dari segi bahasa zakat bererti bersih, suci, subur dan berkembang.

Dari surah At-Taubah (09), ayat 103:

Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk) dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu(Muhammad) itu menjadi ketenteraman bagi mereka dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui

Manakala dari segi syarak, zakat ialah mengeluarkan sebahagian daripada harta yang tertentu kepada golongan tertentu apabila cukup syarat-syaratnya.

Syarat wajib zakat

  • Islam
  • Merdeka
  • Milik sempurna
  • Cukup nisab
  • Cukup haul (genap setahun)
  • Niat untuk berniaga (zakat perniagaan sahaja)

Jenis zakat

Zakat terbahagi kepada dua jenis iaitu:

  1. Zakat fitrah
  2. Zakat harta

Zakat fitrah

Pembayaran zakat fitrah dibayar pada bulan Ramadhan sahaja mulai 1 Ramadhan hingga 1 Syawal sebelum solat sunat Aidilfitri.

Zakat harta (Maal)

Manakala zakat harta boleh dibayar pada bila-bila masa. Kadar zakat harta ialah 2.5% dari jumlah harta. Maksudnya segala harta benda kita, 2.5% dari harta kita itu adalah bukan hak kita tetapi hak golongan 8 asnaf yang layak menerima zakat daripada kita

Golongan yang layak menerima zakat

Zakat ini mesti dibayar kerana ia akan digunakan untuk kerja kebajikan seperti memberi bantuan kepada 8 golongan asnaf yang berhak untuk menerima wang zakat. 8 golongan adalah:

  1. Fakir - Orang yang tidak berharta serta tidak mempunyai pekerjaan sama sekali, atau orang yang mempunyai harta dan pekerjaan tetapi tidak dapat menampung keperluan hariannya. Contoh, keperluannya sehari ialah RM 10.00 tetapi dia hanya ada RM 2.00 sahaja.
  2. Miskin - Orang yang mempunyai harta tetapi tidak mencukupi keperluan hariannya. Contoh, keperluan hariannya RM 10.00, tetapi dia hanya ada RM 7.00 sahaja.
  3. Amil - Orang/Pekerja yang ditugaskan oleh pemerintah mengutip/mengagih zakat.
  4. Muallaf - Saudara baru memeluk Islam
  5. Riqab - Hamba yang menebus dirinya secara ansuran.
  6. Al-Gharimin - Orang yang menanggung hutang dan tidak mampu untuk menyelesaikanya
  7. Fisabilillah - Orang yang berjuang di jalan Allah.
  8. Ibnus sabil - Musafir yang terputus bekalannya semasa di perantauan

Selain dari golongan 8 asnaf ini, mereka TIDAK LAYAK untuk menerima wang zakat.

No comments: