Attention : If you want to see this web with better preview please use firefox, if you dont have please click at bottom

Konversi Waktu Sholat




Cara Pengkonversian Waktu Sholat yang sesuai di daerah anda:

  1. Klik tombol clear
  2. Isi data latitude, longitude, dan altitude Kota/tempat anda berada
    contoh: untuk jakarta : latitude: -6.2 longitude:107 altitude: 0
  3. Klik tombol Enter
  4. Untuk informasi data latitude, longitude, dan altitude Kota/tempat anda berada, klik di: http://www.calle.com/world/ID

Para ulama menetapkan setiap umat Islam mesti mematuhi 5 perkara asas dalam Islam yang dikenali sebagai Rukun Islam yang terdiri daripada lima perkara:-

bahasa Arab: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم بني الإسلام على خمس شهادة أن لا إله إلا الله وأن محمدا رسول الله وإقام الصلاة وإيتاء الزكاة والحج وصوم رمضان'
  1. Mengucap dua kalimah syahadah dan menerima bahwa Tuhan (Bahasa Arab: Allah) itu tunggal dan nabi Muhammad s.a.w itu rasulNya.
  2. Menunaikan sholat lima waktu sehari semalam
  3. Berpuasa pada bulan Ramadan.
  4. Membayar zakat - yaitu biasanya 2.5% jumlah simpanan untuk seorang kaya bekerja dalam perdagangan atau industri, dan 10% atau 20% hasilan tahunan untuk para petani. Wang atau hasilan ini dibahagikan di kalangan fakir miskin.
  5. Mengerjakan Haji bagi mereka yang mampu.

Wednesday, October 10, 2007

Waktu Sholat

Waktu Sholat Fardhu

Sholat Zohor

Waktu Zohor/Zuhur (ﻇﻬﺮ) bermula daripada gelincir matahari dari kedudukan tengah langit hingga bayang-bayang suatu benda menyamai panjangnya. Secara umumnya, zohor bermula apabila bayang-bayang sudah cenderung ke arah barat.

Sholat Asar

Waktu Asar (ﻋﺼﺮ) bermula apabila sesuatu bayang objek melebihi kepanjangan sebenar sehingga matahari mula terbenam.

Haram menta'khirkan atau melewatkan Sholat asar sehingga tinggal waktu yang tidak sempat untuk dikerjakan.

Sholat Maghrib

Waktu Maghrib (ﻣﻐﺮﺏ) bermula apabila matahari terbenam (hilang bentuk bulatannya) hingga hilang cahaya kemerahan di kaki langit.

Bagi kawasan atau negeri yang tidak hilang cahaya tersebut (kawasan seperti kutub), maka dikira kadar panjang atau tempoh yang sama bagi kawasan atau negeri yang berhampiran yang mengalaminya.

Sholat Isyak

Waktu Isya'/Isyak (ﻋﺸﺎﺀ) bermula apabila hilang cahaya merah di kaki langit hingga terbit fajar sadiq. Waktu isya adalah waktu Sholat yang paling lama iaitu sepanjang malam.

Sholat Subuh

Waktu Subuh (ﺻﺒﺢ) bermula dari naik fajar sadiq sehingga terbitnya matahari atau dikenali sebagai Syuruk.

Waktu Sholat Sunah

Tidak semua Sholat sunah mempunyai waktu tertentu melainkan beberapa Sholat sunah. Waktu-waktunya adalah mengiku kelaziman waktu Sholat Nabi Muhammad s.a.w. antara Sholat sunah yang dilakukan mengikut waktu tertentu:

  • Sholat dhuha - dilakukan ketika waktu matahari baru naik (mengikut pandangan sesetengah ulama, pada ketinggian segalah atau tujuh hasta)
  • Sholat dua Hari Raya - dilakukan pada waktu pagi hari raya yang pertama bagi keuda-dua jenis hari raya dan lazimnya dilakukan pada waktu Dhuha (ﺿﺤﻰ) iaitu waktu matahari baru naik (mengikut pandangan sesetengah ulama, pada ketinggian segalah)
  • Sholat tarawih - dilakukan pada waktu Isya' (lazimnya dilakukan selepas Sholat isya' sebelum kemunculan waktu imsak)
  • Sholat sunah gerhana - dilakukan pada waktu gerhana (matahari atau bulan) berlaku.
  • Sholat sunah rawatib - dilakukan sebelum dan selepas Sholat fardhu. Tidak semua Sholat mempunyai kedua-dua Sholat sunah.

Waktu Haram Sholat

Berikut adalah waktu yang diharamkan Sholat (sesetengah mengatakan bagi selain tanah haram):

  • Waktu selepas Sholat Subuh hingga terbit matahari.
  • Waktu mula terbit matahari (syuruk) hingga matahari berada di kedudukan pada kadar segalah (tujuh hasta).
  • Waktu rambang (zawal, istiwa, rembah) atau waktu tengahari (matahari tegak) hingga gelincir matahari kecuali hari Jumaat.
  • Waktu selepas Sholat Asar hingga matahari kekuningan.
  • Waktu matahari kekuningan hingga matahari terbenam.

No comments: