Sholat fardu wajib ditunaikan seorang Islam yang masih waras dan hidup. Sholat fardu tidak boleh ditinggalkan sama sekali dalam apa keadaan sekali pun kerana ianya termasuk dalam dosa-dosa besar. Hatta dalam keadaan seseorang sakit teruk sekali pun jika hanya mata yang boleh bergerak maka sholat wajib dilaksanakan dalam waktunya iaitu dengan menggunakan isyarat mata. Sekiranya seseorang tertinggal sholat fardu, wajib baginya untuk mengulangkannya dengan niat qada.
Salah satu daripada sholat fardu adalah sholat Zohor. Sholat Zohor terdiri daripada 4 rakaat.
Waktu untuk menunaikan sholat Zuhur adalah bermula selepas matahari mulai condong daripada puncaknya sehingga separuh ke kaki langit.
Sebelum sholat Zohor, seseorang itu digalakkan bagi mengerjakan dua rakaat sholat Sunah Rawatib.
Sholat yang terbaik ialah sholat di masjid ataupun surau (bagi lelaki) secara berjemaah dengan menjaga kekusyukkannya, bacaannya serta rukunnya serta mengambil wuduk secara sempurna. Orang Islam percaya bahawa sholat di masjid ataupun surau adalah 27 kali ganda lebih baik berbanding sholat bersendirian di rumah.
No comments:
Post a Comment